No module Published on Offcanvas position
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 09-766 8000 intranet@lktn.gov.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

TINJAUAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN LUARAN KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPPK) BAGI TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menjalankan Tinjauan Tahap Kepuasan Pelanggan Luaran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi Tahun 2021.

3. Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh KPPK. Bagi mencapai matlamat tersebut, Tuan/Puan dijemput untuk turut serta dalam memberi maklum balas kepada tinjauan ini, mulai 21 Jun 2021 hingga 21 Julai 2021 seperti berikut.

Soal selidik kajian tersebut boleh diakses melalui pautan berikut;
https://tinyurl.com/5vb5ywpz

Atau Tuan/Puan juga melalui mengimbas QR Code berkaitan.

4. Sehubungan itu, mohon kerjasama Tuan/ Puan agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga kerja di Kementerian/Jabatan/Unit/Agensi Tuan/Puan.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam menjayakan tinjauan ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

REAKSI TERHADAP PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI TAMBAHAN (PEMERKASA+)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia sedang menjalankan kajian berkenaan "Reaksi Terhadap Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+)" bagi mendapatkan maklum balas masyarakat. Tujuan pelaksanaan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana program ini memberi manfaat kepada rakyat.

Mohon kerjasama tuan/ puan yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjawab soal selidik ini secara atas talian (online) melalui pautan berikut: 📲https://forms.gle/vjkBg89YKKURQAds7 dan menyebarluaskan kepada semua untuk mendapatkan lebih ramai responden.

Tempoh Kajian: 23 Jun hingga 25 Jun 2021

Sekian. Terima kasih.